Jumaat, 2 Ogos 2013

Bagaimana mencipta akaun Blogger.com dan menulis Blog di Blogspot.com



Bagaimana membina blog
menggunakan Blogger

blogger-logo-1-.png
1
Pengenalan

Tutorial ini akan menunjukkan bagaimana mencipta blog dan
menyiarkannya Blogger. Tutorial ini menerangkan:

. Bagaimana mula membuka akaun dan menukar tetapan blog.

. Bagaimana mengubahsuai blog agar kelihatan unik.

2
Log masuk ke Blogger
Jika anda mempunyai akaun Google seperti akaun Gmail, anda boleh login
dengan akaun tersebut dan mencipta blog melaluinya.

Jika anda belum mempunyai akaun Google, anda perlu lawati
http://blogger.com dan klik butang oren “Get Started”.

3
Membuka akaun Google
Jika anda belum mempunyai akaun
Google, anda perlu terlebih dahulu
memohonnya. Isi borang web mengikut
arahan yang diberikan.

4
Beri nama blog
Setelah akaun Google dibuka, anda akan dikehendaki mendaftarkan nama blog
anda dan alamatnya.
Sistem Blogger akan menyemak samada nama yang anda pilih sudah digunakan
atau tidak.

5
Pilih Templat
Selepas anda memilih nama dan alamat blog, anda akan dikehendaki memilih
templat untuk blog anda. Templat tidak semestinya kekal dan anada boleh
mengubahnya lagi pada masa hadapan.

Setelah selesai memilih templat, anda bolehlah mula menulis blog.

6
Mengubahsuai Blog
Anda boleh
mengubahsuai blog
dengan mengklik
butang layout.

7
Tambahkan gajet ke blog
Melalui modul Layout, anda boleh menambah
gajet ke laman blog anda seperti Follower dan
Youtube Video.

Klik pautan “Add a Gadget” apabila anda
menambah gajet baru. Pilih gajet dari senarai
tersedia. Gajet akan ditambahkan ke atas
bahagian laman yang anda mahu.

8
Template Designer
Jika anda mahu mengubahsuai paparan laman blog anda, anda boleh gunakan
modul “Customize”.
Terdapat 5 tab utama iaitu Templates, Background, Adjust Widths, Layout dan
Adcanced. Pilih elemen yang anda kehendaki dan sesuaikan tetapannya.

9
Menulis Post yang pertama
Untuk menulis Post, klik tab “Posting” pada Blogger dashboard.
Tulis dan klik butang oren “Publish” apabila selesai.

10
Borang web untuk menulis Post
adalah mudah untuk difahami.
Anda boleh membuat suntingan:
• Bold
• Underline
• Italic
• Font colour
Anda juga boleh memasukkan image
atau video untuk menjadikan Post
lebih menarik.

Terdapat format lain juga seperti
bullet points, quotation marks dan
text alignment.

11
Preview Post
Anda boleh menguji paparan blog terlebih dahulu sebelum “Publish” dengan
mengklik butan “Preview”.

12
Publishing a blog post
Apabila sudah berpuas hati, klik
butan oren “Publish”
Untuk membaca Post anda, anda
perlu klik pautan “View Blog”. Web
Brwoser akan memaparkan Post yang
dipilih.
Anda telah selesai menyiarkan
Post blog yang pertama!

13
Rumusan
Anda telah selesai mempelajari langkah-langkah membuka akaun blog dan
menyiarkan blog post yang pertama.

Pautan di bawah menyediakan maklumat tambahan:

eHow. (2011). How to Create a Blog. Retrieved November 14, 2011, from eHow:
http://www.ehow.com/how_2070465_create-blog.html

eHow. (2011). How to Create a Blogger Blog. Retrieved November 14, 2011, from eHow:
http://www.ehow.com/how_4473266_create-blogger-blog.html

Saric, M. (2009, January 17). How To Install WordPress 3.2. Retrieved November 14, 2011, from HowToMakeMyBlog:
http://www.howtomakemyblog.com/wordpress/how-to-install-wordpress-step-by-step-guide/

Tiada ulasan: