Selamat Datang

Selamat Datang ke PanduanJanaWang.BlogSpot.com

Terdapat berbagai cara mudah dan pantas untuk pengguna web memasarkan iklan dan meraih pulangan daripadanya. Di antaranya adalah Google AdSense. Ianya senang dilakukan serta hampir tidak memerlukan sebarang modal langsung. Ikuti panduan lanjut tentang kaedah ini di sini.

Ahad, 2008 Mac 23

jana wang dengan blog

Semua orang mahu menjana pendapatan di Internet. Tetapi persoalan yang kerap timbul adalah bagaimana? Di Internet, amat banyak cara untuk kita mendapatkan pendapatan
sama ada untuk tujuan sampingan atau sepenuh masa.

Anda mungkin pernah mendengar ada orang mengatakan bahawa adalah suatu yang melucukan blog boleh menghasilkan wang. Namun hakikatnya, merekalah yang patut diketawakan...

Kini sudah ramai mereka yang telah berjaya hidup tanpa perlu bekerja siang dan malam atau bersesak-sesak di dalam kesibukan jalan raya. Malah sebenarnya sudah ramai orang Malaysia yang sudah berjaya di dalam bidang 'buat duit dengan blog'.

Antara mereka adalah (bersama anggaran pendapatan bulanan):


1. Samsul Zamzuri atau lebih dikenali sebagai Alang. Beliau memperolehi pendapatan sekitar RM7,000 ke atas pada setiap bulan. Jika anda masih tidak tahu, cerita mengenai beliau telah keluar di dalam akhbar New Straits Time baru-baru ini mengenai kerjayanya sebagai 'webmaster' sepenuh masa.

Dahulu, beliau adalah seorang juruaudit, tetapi kemudian beralih arah kepada bidang ini setelah pendapatan melalui Internet melebihi gaji bulanan. Jika anda mahu tahu lebih lanjut mengenai beliau, lawatilah blognya di szab.net/blog.

Terbukti, Internet boleh mengubah hidup seseorang!

Jika anda mahukan tips dan sedikit panduan daripada beliau, anda boleh mendownload Interview SmartZul bersama beliau di laman web berikut:

www.SmartUsaha.com/7blogger


2. Gobala Krishnan. Katanya beliau mampu meraih pendapatan melalui Internet sebanyak RM20,000 ke atas pada setiap bulan. Pendapatan itu adalah untuk semua model perniagaan Internet yang dilakukannya termasuklah melalui blog. Banyak bukan?


Cukuplah dahulu dengan contoh dua orang di atas sahaja pada kali ini. Sebenarnya ramai lagi yang telah berjaya memperolehi pendapatan yang amat lumayan dengan menggunakan blog sahaja...

Bagaimana dengan anda? Berminat? Teruja?

Sesungguhnya buat duit melalui blog amat sesuai bagi anda yang kesuntukan masa untuk melayan pelanggan atau melakukan urusan jual dan beli. Sebaliknya, anda hanya perlu menguruskan blog sahaja seperti memasukkan kandungan-kandungan (artikel) secara konsisten, 'monetize' dan melakukan promosi. Kemudian, biarkan ia menjana wang untuk anda...

Akhir kata, persoalan boleh atau tidak, mustahil atau tidak, soalan sebegitu sudah tidak boleh difikirkan lagi kerana sudah terbukti melalui blog khususnya dan Internet umumnya, kita mampu menjana pendapatan yang melebihi gaji bulanan!

Pokok pangkalnya adalah ilmu, sabar dan ada usaha yang konsisten. Bagaimana? Sudah semestinya belajar daripada mereka yang tahu atau dengan mendapatkan panduan sama ada Ebook, buku, video dan sebagainya.

Renungi kata Dato' Dr. Fadzillah Kamsah, "Orang lain sibuk membuat duit, tapi kita masih sibuk membuat ALASAN...".



(sumber: http://madaninet.blogspot.com/2007/08/buat-duit-dengan-blog.html )
 

blogger templates | Make Money Online